Mrs Eiraa
Ukhwah
Wednesday, 22 October 2014 • 09:23 • 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..

 Pejam celik, pejam celik dah pertengahan bulan oktober. Terasa cepat sangat masa tu berlalu. Tak biasa lagi aku dengan kehidupan di unimas ni. Sungguh. Berjauhan dari family ni memang memeritkan. Aku rasa yang aku makin jauh dari orang-orang yang aku sayang. Kadang terdetik dalam hati, kenapa mesti unimas? Kenapa aku perlu berjauhan dari family? Tapi bila ingat kata-kata mak, "adik, setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ney, semuanya perancangan dari Allah. Allah dah aturkan yang terbaik untuk kita, hamba-NYA. Kita kena sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, jangan sesekali mempertikai. Ingat. Selalu berdoa supaya Allah permudahkan segala urusan kita, mohon supaya Allah berikan kita kekuatan untuk menghadapi ujian-NYA. Masa tu amat pantas. Ia akan terus berlalu. Apa yang penting, hargai masa yang ada bersama keluarga sekarang". Time tu aku sedar aku silap. Aku hanya mampu merancang, tp Allah yang menentukan segalanya. Malah apa yang Allah aturkan tu lebih baik untuk diri aku. Alhamdulillah.

 Di sini, aku banyak belajar benda baru. Aku dapat kehidupan baru, kawan baru, persekitaran baru. Semuanya baru. Macam-macam ragam manusia yang aku jumpa. Ada yang ok dan ada yang ko. Housemate aku pulak semua orang sabah dan sarawak. Walaupun berlainan negeri, budaya, bangsa dan agama, Alhamdulillah semuanya baik-baik. Mereka banyak tolong aku, dah macam satu keluarga. Kadang, aku rasa macam aku banyak menyusahkan mereka. Aku bersyukur sangat Allah mempertemukan aku dengan mereka semua.

 Tapi, sungguh aku rindu zaman sekolah menengah. Aku rindukan suasana di mmps. Paling aku rindu, form 6. Kehidupan form 6 di smkas mematangkan aku. Di sana aku dapat ramai kawan yang ok, yang baik, yang faham aku. Aku mula belajar untuk lebih menghargai nilai persahabatan tu. Sumpah to rindukan hampa semua. Bella, wan, ajar, luk, qiey, diey, iesma, yana, shiey, eton, sherah semua lah. Terima kasih sebab pernah hadir dalam hidup to. Menyerikan ukhwah persahabatan tu, walaupun cuma 2 tahun kita bersama. Susah senang kita bersama akan sentiasa to ingat. Banyak memori yang tercipta antara kita. Semua dah makin jauh dah sekarang, makin sibuk dengan kehidupan masing-masing. To harap sangat kita dapat berkumpul bersama lagi. InsyaAllah, Amin.

 Ukhwah itu bukan terjalin atas perkataan, juga bukan terbina dari perbuatan, tapi ukhwah itu terpatri lantaran izin dari Illahi. Pertemuan dan perpisahan kita ini kerana Allah, InsyaAllah ukhwah persahabatan ini akan terus berkekalan walau jarak memisahkan kita. Ukhwah fillah abadan abada.

 Allahurabbi, sungguh aku rindukan mereka. Ya Allah, jagalah mereka semua untuk ku. Fi Hifzillah. :)


PAST
Annyeong !
do give me a FOLLOW
I'll follow you back, surely

Walkie Talkie


" [YOUR CBOX CODES] "

My Status
>> hey ! I'm here now :D
date : NOW
at:10 am


>> I Luv you!
date : 12/12/12
at: 12pm


>> Cinderella hilang kasut?
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

History

  • kehidupan is so complicated...

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : MRS EIRA